Yang di-Petuan Agong tingkatkan pegangan dalam Citaglobal kepada 8.586%
azan
24/10/2023 - 10:34
KUALA LUMPUR 24 Okt - Citaglobal Berhad mendedahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah meningkatkan pegangannya dalam kumpulan itu kepada 8.586%.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Citaglobal berkata, Yang Dipertuan Agong memperoleh 2.59 juta saham pada 20 Oktober 2023, meningkatkan pegangannya kepada 8.586% atau 35.85 juta saham.
Yang di-Pertuan Agong terus meningkatkan kepentingannya dalam Citaglobal.
Pada 6 Jun 2023, baginda memperoleh 1.378 juta saham.
Baginda juga memperoleh 2.39 juta saham pada 2 Jun 2023 dan 1.21 juta saham pada 26 Mei tahun ini.
Citaglobal terlibat dalam kejuruteraan awam dan pembinaan, telekomunikasi, minyak dan gas, penjanaan kuasa, pembangunan hartanah, pembuatan dan tenaga boleh diperbaharui (RE). - DagangNews.com




