PRN Negeri Sembilan ujian sebenar UMNO-BN - Azalina

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 4:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan ujian sebenar UMNO-BN - Azalina
Azalina

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bakal menjadi ujian sebenar kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menilai tahap sokongan rakyat terhadap parti itu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia mengambil kira jumlah kerusi Pakatan Harapan (PH) yang lebih besar di negeri berkenaan berbanding di Johor.

Menurutnya, situasi di Johor tidak boleh dijadikan sebagai kes ujian memandangkan UMNO menguasai lebih banyak kerusi di negeri berkenaan.

“Saya rasa kena tengok (keputusan PRN) Negeri Sembilan kerana banyak kerusi PH di DUN negeri itu.

“Saya tidak rasa Johor boleh dilihat sebagai test case tapi Negeri Sembilan,” katanya ketika temu bual media di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini pada Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari mengundi bagi PRN Johor pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.

Sementara itu, ditanya sama ada keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan boleh menjadi pencetus kepada pembubaran Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum (PRU) mengejut, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) menolak perkara tersebut.

Beliau berkata, mandat serta kestabilan kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya dikaitkan dengan keputusan pilihan raya negeri kerana kerangka Perlembagaan Malaysia membenarkan gabungan politik yang berbeza mentadbir di peringkat Persekutuan dan negeri.

"Presiden parti (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah berkali-kali menegaskan bahawa pilihan raya negeri di kedua-dua negeri itu tidak akan menjejaskan kerajaan Persekutuan.

"Pada akhirnya, keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hanya beliau yang mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

"Apa sahaja yang berlaku di peringkat negeri tidak sepatutnya memberi kesan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved