“Yang Ni Jenis Ganas” – Pemancing Diganggu Entiti, Siap Kena Ikut! [Video]

16 Jun 2025 • 3:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan orang pasti percaya dengan kewujudan makhluk halus seperti jin meskipun tidak dapat melihatnya di alam nyata.

Jin yang juga digelar hantu oleh sesetengah orang kebiasaannya hanya dapat dirasai kehadirannya secara ghaib tanpa boleh melihat bentuk fizikalnya.

Namun ia tidak mustahil untuk menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa sekiranya diizinkan Allah SWT.

Tular pemancing dakwa diganggu makhluk halus

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang memancing pada waktu malam di sebuah kawasan mendakwa telah diganggu oleh makhluk halus.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @baltic_seagul, kejadian dikatakan berlaku ketika lelaki itu ingin memburu ikan siakap.

“Cerita di sebalik liku-liku mencari strike sang siakap tak semuanya indah,” tulisnya di kapsyen.

Di dalam video tersebut, kelihatan lelaki itu terus mengemas barang-barangnya selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan terbabit.

Diganggu makhluk halus, dakwa siap mengikut

Lebih menyeramkan, lelaki tersebut mendakwa dia bukan hanya diganggu semasa berada di sana, malah entiti itu turut mengikutnya.

Semasa dia menunggang motosikal meninggalkan kawasan itu, kelihatan seperti sesuatu sedang berdiri di tepi jalan dipercayai makhluk halus yang mengganggunya itu.

“Yang ini ganas jenis mengikut, silap sendiri pergi tegur buat apa,” katanya.

Dia kemudiannya singgah ke sebuah restoran mamak untuk berehat sebentar sebelum pulang ke rumah.

Bagaimanapun, lelaki itu berkata dia tidak akan serik untuk pergi semula ke kawasan berkenaan demi hobinya itu.

@baltic_seagul Cerita disebalik liku2 mencari strike sang siakap tak semuanya indah🤣 #siakap #siakapliar #seram #horor #casting ♬ Sumpah Bunian – Qairi Ibrahim

Netizen beri pelbagai reaksi

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Sesetengah netizen mendakwa tindakan lelaki itu untuk singgah di kedai mamak sebelum pulang ke rumah adalah tepat bagi mengelakkan makhluk yang mengikutinya itu turut ikut bersama-sama.

Tidak kurang juga segelintir pemancing yang turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka ketika memancing di waktu malam.

Korang yang kaki pancing tu apa yang lagi seram daripada diganggu hantu? Kumpau atau isteri tak bagi keluar rumah? 😂

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available