“Yang Ni Tak Boleh ‘Sentuh’ Nanti Masuk Metro Muka Depan” – Rita Rudaini Kongsi Pengalaman Anak Berhadapan Kes B*li

EntertainmentFamily & Parenting
28 Sep 2026 • 9:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Rita Rudaini tampil berkongsi pandangan mengenai isu buli selepas mendedahkan anaknya pernah berdepan situasi yang didakwa melibatkan tindakan pelajar senior ketika berada di asrama.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata masyarakat tidak seharusnya terlalu cepat menyalahkan filem atau drama yang mengetengahkan isu buli sebagai punca kepada budaya tersebut.

Advertisement

RR

RR

Menurutnya, terdapat keadaan di mana buli berlaku dalam dunia sebenar dan melibatkan individu yang sepatutnya menjadi pihak yang melindungi kanak-kanak.

Rita kemudian berkongsi pengalaman anaknya ketika di Tingkatan Satu, apabila seorang pelajar Tingkatan Lima didakwa mengadakan ‘rollcall’ dan mengenakan hukuman terhadap pelajar junior. Anak Rita turut mendengar bunyi pukulan ketika kejadian tersebut.

Rita Rudaini

Rita berkata, keadaan itu menyebabkan anaknya berasa takut selepas seorang senior bertanya kepadanya mengenai keberadaan anak Rita.

Menurutnya lagi, kejadian tersebut didakwa berlaku di kawasan terbuka di hadapan asrama dan turut melibatkan seorang pelajar yang dikatakan mempunyai masalah untuk berdiri serta didakwa ditendang.

“guard lalu pon buat xtau je…xde sape pon dtg bantu ..kawan dia yg prank tu kena teruk smpai x boleh berdiri solat..sorg lg kwn dia kena tendang belakang sbb x boleh cangkung babi sbb badan besar.”

Rita berkata, ibu kepada pelajar terbabit kemudian membuat laporan polis, namun mendakwa pihak sekolah meminta laporan tersebut ditarik balik.

Menurut Rita, pengalaman tersebut membuatkan anaknya takut untuk bersuara kerana bimbang dirinya dibenci oleh pelajar senior dan warden.

Dalam perkongsian sama, Rita turut menyeru supaya aduan berkaitan buli tidak dipandang ringan, khususnya apabila mangsa sendiri tampil menceritakan apa yang berlaku.

Rita berkata, tindakan seperti mengabaikan aduan atau menyimpan perkara tersebut daripada pengetahuan pihak lain boleh menyebabkan masalah menjadi lebih serius.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zahnita2026-09-26 12:48:24

Selepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal, Zahnita Wilson Kini Sah Isteri Farouk, Tiga Anak Perempuan Turut Hadir

The post “Yang Ni Tak Boleh ‘Sentuh’ Nanti Masuk Metro Muka Depan” – Rita Rudaini Kongsi Pengalaman Anak Berhadapan Kes B*li first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved