“Yang penting Seth gembira” – Shila Amzah Tenang Jawab Pertanyaan Netizen Berkenaan Bekas Suami

Entertainment
2 Jan 2024 • 4:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nurshahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah merupakan penyanyi pop tempatan yang sudah menempa nama dalam industri muzik sejak awal tahun 2000.

Pelantun lagu Patah Seribu itu sudah mempunyai seorang anak, Seth Uwais hasil perkahwinan terdahulu dengan Haris Idraki Elias sebelum bercerai pada tahun 2022.

Shila kini sudah pun berkahwin dengan pempengaruh media sosial Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ubai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Hari ini, Shila berkongsi di laman Instagram miliknya di mana anaknya yang kini sudah berusia 5 tahun itu mula masuk sekolah tadika dan hari ini merupakan hari pertamanya.

“First day of school for Seth, the normal mak mak feelingssszz, sedih tapi sha happy sangat dengan milestone dia.

Dia terlalu excited sampai berlari eh masuk sekolah tadi, mama dan papa yang sedih, tapi ini lah processnya,” tulisnya.

Di ruangan komen, terdapat seorang netizen yang bertanya adakah bekas suaminya menjenguk Seth selepas mereka berpisah namun Shila dengan tenang menjawab dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk Seth.

image is not available

Selain itu, Shila turut berkongsi dia sangat bangga dengan perkembangan anaknya itu yang difahamkan mempunyai masalah lewat komunikasi (speech delay).

Selamat bersekolah Seth!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.