“Yang tahu je tahu” – Sharnaaz Ahmad Tetap Sokong & Respek Syamsul Yusof Sebagai Pengarah

Entertainment
24 Mar 2023 • 10:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam kecoh di media sosial apabila pelakon ternama, Aaron Aziz memuat naik sebuah video yang menceritakan punca sebenar dia dibuang daripada produksi The Original Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Sebelum ini, Syamsul berkata Aaron dibuang kerana dia menghadapi slipped disc atau tulang tidak selari.

image is not available

Pun begitu, dalam video di Instagram miliknya, Aaron Aziz menceritakan ketidak adilan produksi tersebut di mana dia telah disuruh untuk menurunkan berat badan serta mencucuk steroid.

Pembikinan filem The Original Gangster ini menampilkan nama-nama besar dalam industri termasuklah Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy serta pelakon dari Indonesia, Yayan Ruhian.

Hari ini, Sharnaaz menerusi Twitter miliknya memberikan respon terhadap satu tweet yang menyuruh dia dan Beto Kusyairy untuk meninggalkan produksi tersebut sebagai tanda protes kepada Syamsul Yusof.

Namun, Sharnaaz menjawab dia tidak akan meninggalkan produksi tersebut dan menghormati Syamsul sebagai seorang pengarah.

“Tidak, kami profesional. Kami tidak akan lari dari kerja yang belum selesai, itu perkara peribadi. Sebagai seorang pengarah, kamu dapat sokongan penuh dan hormat Syamsul, tanpa sebarang keraguan,” tulisnya.

Sharnaaz juga mengingatkan agar kurangkan bercakap mengenai sesuatu isu kerana takut ia akan membuka aib kita pula.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.