Yasin Sulaiman Dakwa Ada Hierarki & Kasta Di Sebalik Tirai Besi, Ini Respon Jabatan Penjara

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 5:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Yasin Sulaiman Dakwa Ada Hierarki & Kasta Di Sebalik Tirai Besi, Ini Respon Jabatan Penjara

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial pendedahan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman mengenai kehidupan di penjara dalam sebuah audio siar (podcast) Aididitmyway bersama Aidid Marcello.

Menerusi sedutan podcast yang dimuat naik di TikTok @aididitmyway, Yasin mendakwa kehidupan di penjara mempunyai hierarki di mana seseorang itu boleh ‘membeli’ bilik.

Dalam video berasingan, Yasin turut mendakwa barangan larangan iaitu dadah boleh diperolehi dalam penjara.

@aididitmyway

Siapa BOS Penjara. Saksikan Video Penuh di YT Aididitmyway Guest : @Yasin Sulaiman #AIDIDITMYWAY #Podcast #YasinSulaiman

♬ original sound – AididitMyWay – AididitMyWay
@aididitmyway

DADAH dalam Penjara? Saksikan Video Penuh di YT Aididitmyway Guest : @Yasin Sulaiman #AIDIDITMYWAY #Podcast #YasinSulaiman

♬ original sound – AididitMyWay – AididitMyWay

Tonton video penuh [DI SINI]

Jabatan Penjara Malaysia Tampil Beri Respon, Nafi Dakwaan Yasin Kehidupan Penjara Bergantung Kepada Wang & Pengaruh

Terbaharu, Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan Yasin yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu ke-16 itu bahawa kehidupan di penjara bergantung kepada wang dan pengaruh.

Menurut Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Mohamad Rosidek Musa, sesetengah perkara negatif mungkin berlaku.

Namun jelasnya, mereka mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang aktiviti berkenaan dari berlaku.

“Dakwaan itu tidak benar kerana dalam konteks kepenjaraan, kita fokus kepada program pemulihan, cuba atasi perkara-perkara yang negatif berlaku di penjara dan benda (dakwaan) itu tidak ada.

“Kita ada SOP dan peraturan untuk mengekang perkara yang negatif dan tidak baik. Kita akui ada perkara mungkin berlaku, tetapi tidak seperti yang dinyatakan,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Turut Nafikan Dakwaan Yasin, Banduan Mudah Dapat Bekalan Dadah

Memetik Sinar Harian, Mohamad Rosidek turut menafikan dakwaan bahawa bekalan dadah boleh didapati dengan mudah ketika menjalani hukuman di sebalik tirai besi itu.

Jelasnya, mereka juga mempunyai SOP yang ketat bagi mengawal kemasukan serta peredaran bahan terlarang dari berlaku dalam institusi penjara.

Ini dipercayai merujuk kepada sedutan video dalam TikTok berkenaan yang mana Yasin menyebut, “dadah banyak dalam penjara”.

Jabatan Penjara Tak Pasti Motif Yasin, Fokus Kepada Perkara Positif Berbanding Negatif

Tambah Mohamad Rosidek lagi, dia sendiri tidak pasti motif Yasin membuat dakwaan sedemikian.

Namun, dia tidak menolak bahawa sosok Yasin sebagai figura yang dikenali menjadikannya sebagai fokus di platform media sosial.

Pun begitu Mohamad Rosidek menjelaskan, fokus sepatutnya perlu diberikan kepada hal baik yang berlaku kepada mereka yang telah dibebaskan daripada penjara kerana ramai bekas banduan telahpun berjaya.

“Dia (Yasin) baru keluar (penjara), jadi media sosial sedang fokus kepadanya. Pada saya, kalau kita tengok ramai yang bebas dari penjara sudah berjaya. Jadi pada saya kenapa kita nak fokus perkara negatif?

“Kita fokuslah kepada apa yang pihak penjara berjaya buat, namun kadang-kala kita suka cari yang kecil-kecil. Kalau dalam podcast itu pun kita boleh tengok komen daripada netizen dan sebagainya.

“Ada yang negatif dan positif, tetapi kita boleh tengok yang positif dan kami di Jabatan Penjara berusaha untuk memastikan perkara negatif, salah laku dan sebagainya dapat kita tangani dan ambil tindakan,” jelasnya lagi.

Pada 28 April 2025, Yasin dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan namun ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga mendapat perkenan oleh Sultan Selangor.

Keputusan itu diputuskan oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan yang dikemukakan oleh penyanyi terbabit.

Mahkamah Rayuan turut mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan selepas dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaiatn dadah.

Selepas lebih empat tahun menjalani rawatan, Yasin kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah pada awal September lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Yasin Terlepas Hukuman Penjara Seumur Hidup & 16 Sebatan, Kembali Ke Hospital Bahagia

Baca Artikel Berkaitan: Tanam 17 Pokok Ganja, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved