Yasin Sulaiman tarik balik dakwaan salah laku dalam penjara

LocalEntertainment
22 Sep 2026 • 9:04 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Yasin Sulaiman menjelaskan penarikan balik kenyataan mengenai pengalaman di dalam penjara

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menarik balik semua kenyataannya berhubung dakwaan salah laku di dalam penjara yang pernah dikongsikan menerusi beberapa podcast dan temu bual sebelum ini.

Yasin menerusi kenyataan bertarikh 21 September 2026 berkata, beliau mengakui dakwaan antaranya mengenai kewujudan dadah, hierarki, kasta serta layanan yang boleh ditentukan dengan wang ringgit adalah tidak benar.

Menurutnya, beliau menerima penafian yang dibuat oleh Jabatan Penjara Malaysia dan mengakui pihak berkenaan lebih mengetahui keadaan sebenar di dalam institusi penjara.

“Apa yang saya katakan dalam podcast berkenaan adalah tidak benar dan saya menarik balik semua kenyataan mengenai salah laku yang didakwa berlaku di dalam penjara,” katanya.

Yasin menjelaskan, perkongsian itu dibuat berdasarkan pengalaman dan pemahamannya ketika berada di dalam penjara sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia.

Bagaimanapun, katanya, beliau ketika itu sedang mengalami episod mania akibat gangguan kecelaruan yang mungkin mempengaruhi caranya melihat, mendengar, memahami dan mentafsir keadaan di sekeliling.

“Mungkin disebabkan perkara itu, saya tersalah anggap, tersalah faham atau tersalah tafsir. Mungkin saya nampak benda yang tidak ada, dengar benda yang tidak ada dan sebagainya sehingga membuat kesimpulan yang tidak betul,” katanya.

Baca juga:

Sehubungan itu, Yasin menzahirkan kekesalan dan memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia serta para pegawai dan anggotanya atas kekeliruan atau salah faham yang timbul.

Beliau menegaskan, perkongsian berkenaan tidak dibuat dengan niat mencemarkan nama baik jabatan terbabit atau memperkecilkan tugas pegawai serta anggota penjara.

Pada masa sama, Yasin menyatakan penghargaan terhadap tugas dan khidmat warga Jabatan Penjara Malaysia dalam menjaga keselamatan, kebajikan serta proses pemulihan penghuni.

Beliau berharap penjelasan dan penarikan balik kenyataan tersebut dapat memperbetulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, sekali gus menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.

The post Yasin Sulaiman tarik balik dakwaan salah laku dalam penjara appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved