![Yasin Sulaiman Mohon Maaf Kepada Jabatan Penjara & Tarik Semula Kenyataan Dalam Podcast [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Yasin-mohon-maaf.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular di media sosial apabila penyanyi dan juga komposer, Yasin Sulaiman mendakwa kehidupan di penjara mempunyai hierarki dan bergantung kepada wang dan pengaruh.
Susulan itu Jabatan Penjara kemudian tampil menafikan dakwaan penyanyi berkenaan dan menjelaskan sesetengah perkara negatif mungkin berlaku tetapi mereka mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengekang aktiviti terbabit dari berlaku.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman Dakwa Ada Hierarki & Kasta Di Sebalik Tirai Besi, Ini Respon Jabatan Penjara
Yasin Sulaiman tampil mohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia
Terbaharu Yasin Sulaiman tampil memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang diberikan.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Yasin memaklumkan dia ada membuat kenyataan kononnya di dalam penjara ada dadah, hierarki, kasta dan keadaan boleh ditentukan dengan wang ringgit dan sebagainya.
Namun penyanyi itu mengambil maklum penjelasan yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia mengenai beberapa perkara yang pernah dikongsikan dalam audio siar (podcast) dan temu bual pada baru-baru ini mengenai pengalamannya sewaktu berada di dalam penjara.
Dakwa perkongsian dibuat berdasarkan apa dialami dan fahami, ketika itu sedang alami episod bipolar mania
“Saya ingin menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat berdasarkan apa yang saya alami dan fahami ketika melalui tempoh berkenaan.
“Pada waktu tersebut, sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia, saya sedang mengalami episod bipolar mania. Keadaan saya ketika itu mungkin telah mempengaruhi cara saya melihat, mendengar, memahami dan mentafsir perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya.
“Selepas mengambil maklum penjelasan Jabatan Penjara Malaysia dan melihat kembali keadaan yang saya lalui ketika itu, saya dengan ini menarik balik kenyataan-kenyataan berkenaan,” kata Yasin dalam satu kenyataan media pada hantaran sama.
Kesal jika perkongsian dalam podcast timbulkan kekeliruan atau salah faham, tiada niat mahu cemarkan nama baik Jabatan Penjara Malaysia
Yasin yang juga penyanyi lagu Mimpi Laila itu turut memaklumkan dia kesal jika perkongsian berkenaan telah menyebabkan timbulnya kekeliruan mahupun salah faham dalam kalangan masyarakat.
“Sehubungan itu, saya memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia serta para pegawai dan anggotanya atas kekeliruan yang timbul.
“Saya ingin menjelaskan bahawa perkongsian tersebut tidak pernah dibuat dengan niat untuk mencemarkan nama baik Jabatan Penjara Malaysia ataupun memperkecilkan tugas para pegawai dan anggota yang berkhidmat di institusi berkenaan.”
Hargai tugas dan khidmat pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia
Yasin juga mengatakan dia menghargai tugas serta khidmat para pegawai dan juga anggota Jabatan Penjara Malaysia yang menjalankan amanah dalam menjaga:
- Keselamatan
- Kebajikan
- Proses pemulihan penghuni
Katanya, dia berharap penjelasan diberikan itu dapat memperbetulkan kekeliruan yang timbul daripada perkongsian yang sebelum ini dan ia dapat diselesaikan dengan baik.
View this post on Instagram






