Penjara sanggah dakwaan Yassin

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penjara sanggah dakwaan Yassin

KOTA BHARU: Jabatan Penjara menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Yassin Sulaiman bahawa bekalan dadah mudah diperoleh asalkan mempunyai wang meskipun menjalani hukuman di balik tirai besi.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, semua pusat tahanan itu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan ketat.

“Saya tegaskan, dakwaan tersebut adalah tidak benar. Dalam penjara, kita mempunyai konteks kepenjaraan dan peraturan bagi mengatasi perkara negatif. Lagipun, kita mempunyai SOP dan kawalan ketat di semua penjara di negara ini,” katanya selepas Program Bookathon di Penjara Pengkalan Chepa di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan Yasin mendakwa dadah masih memasuki penjara walaupun pemeriksaan keselamatan ketat dikenakan terhadap banduan baharu.

Menurut Yasin, walaupun banduan diarah menanggalkan pakaian dan menjalani pemeriksaan berulang ketika tiba di Penjara Sungai Buloh namun langkah berkenaan dakwanya masih tidak dapat menghalang peredaran dadah di dalam penjara.

Sementara itu, Mohamad Rosidek enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan pe­nyanyi berkenaan.

Katanya, kawalan serta SOP di institusi penjara sentiasa dikaji secara berperingkat bagi mengekang perkara negatif da­ripada berlaku.

“Saya akui ada perkara negatif berlaku tetapi tidak se­perti yang dinyatakan penyanyi tersebut.

“Di penjara, kami perlu fokus dalam menangani sebarang kes termasuk kejayaan prospek selain sentiasa berusaha mengatasi perkara negatif dan mereka yang melakukan kesalahan diambil tindakan,” ujarnya.

Mohamad Rosidek berkata, pihaknya turut melihat kepada aspek positif dalam pengurusan penghuni penjara, termasuk kejayaan prospek yang dibebaskan dan berjaya kembali kepada masyarakat.-UTUSAN.

The post Penjara sanggah dakwaan Yassin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved