Yayasan MBI perluas kerjasama program pergigian di Gombak

LocalHealth & Fitness
24 Sep 2026 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Yayasan MBI perluas kerjasama program pergigian di Gombak

SHAH ALAM, 24 SEPT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI mahu memperluas kerjasama dengan Pejabat Pergigian Daerah Gombak menerusi program kesihatan dan pergigian secara turun padang.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata kerjasama itu tidak hanya tertumpu kepada sumbangan aset, sebaliknya boleh diperluas melalui penganjuran program bersama di kawasan terpilih.

Menurutnya, Yayasan MBI boleh membantu dari segi penajaan atau kos pelaksanaan program, manakala Pejabat Pergigian Daerah Gombak menyediakan pegawai dan kepakaran pergigian.

"Kita ada berbincang dengan pihak Pejabat Kesihatan Pergigian, memikirkan kemungkinan kerjasama yang boleh kita adakan, bukan sekadar sumbangan aset.

"Kita boleh taja dari bentuk program dan pihak pergigan membantu menyediakan staf di kawasan-kawasan tertentu," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata pendekatan itu sesuai dilaksanakan di kawasan kampung, perkampungan Orang Asli serta komuniti yang memerlukan akses lebih mudah kepada perkhidmatan pergigian.

Terdahulu, Yayasan MBI buat pertama kali menyumbangkan dua unit kerusi pergigian mudah alih bernilai RM6,400 kepada Pejabat Pergigian Daerah Gombak.

Sumbangan itu dibuat selepas Yayasan MBI menerima permohonan berhubung keperluan peralatan berkenaan bagi menyokong program pergigian di kawasan komuniti.

Ahmad Azri berkata kerusi mudah alih itu akan digunakan dalam program pergigian yang dilaksanakan di sekitar Gombak.

Beliau berharap sumbangan dan kerjasama yang dirancang dapat membolehkan lebih banyak program dijalankan serta memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved