Jalan Seruling meriah, ribuan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul

13 Sep 2026 • 12:17 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jalan Seruling meriah, ribuan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul

KANGAR: Suasana tenang di Jalan Seruling di sini bertukar meriah dengan lebih 1,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul bersempena Seruling Road Bike Meet 2026.

Program tersebut dianjurkan komuniti motosikal berkuasa tinggi Jalan Seruling dengan kerjasama Unit Komunikasi Integrasi dan Strategik Pejabat Menteri Besar Perlis (UKIS).

Penaung komuniti Seruling, Senator Azahar Hassan berkata, penganjuran memasuki edisi kedua itu berlangsung lebih meriah dengan penyertaan komuniti motosikal bukan sahaja dari Perlis malah seluruh negara termasuk Singapura dan Thailand yang datang ke negeri ini.

Katanya, program berkenaan menjadi medium komuniti motosikal berkuasa tinggi berkumpul dan terus mengeratkan hubungan silatulrahim.

Beliau berkata, selain motosikal berkuasa tinggi, semua penunggang pelbagai jenis motosikal juga berkumpul dalam suasana yang cukup meriah.

“Kita pilih lokasi Jalan Seruling ini kerana ‘vibe’ di kawasan itu seolah-olah seperti berada di Hatyai dan suasana begitu mengujakan.

“Sambutan yang diterima cukup hebat dan kita akan meneruskan program ini setiap tahun,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini malam tadi.

Image from: Jalan Seruling meriah, ribuan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul
AZAHAR Hassan (lima dari kanan) bergambar bersama sempena
Seruling Road Bike Meet 2026 di Jalan Seruling, Kangar, Perlis malam tadi.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

Perasmian Seruling Road Bike Meet 2026 disempurnakan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan dan hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) negeri, Mohammad Faidzul Awang Bakar.-UTUSAN

The post Jalan Seruling meriah, ribuan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved