Yayasan MBI salur RM20,000 baiki bumbung sekolah rosak akibat ribut

28 Sep 2026 • 4:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Yayasan MBI salur RM20,000 baiki bumbung sekolah rosak akibat ribut

BANTING, 28 SEPT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI menyalurkan RM20,000 bagi menampung kerja membaik pulih bumbung Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Telok Datok yang rosak akibat kejadian ribut.

Ketuanya, Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan segera telah disalurkan sebelum ini bagi kerja pemulihan selepas sekolah tersebut terjejas akibat bencana pada 30 April lepas.

“Penyerahan cek cura hari ini adalah simbolik rasmi penyerahan bantuan, manakala dana untuk kerja baik pulih telah disalurkan sebelum ini. Kerja pembaikan telah selesai dan murid kini dapat meneruskan pembelajaran dalam keadaan selesa.

Image from: Yayasan MBI salur RM20,000 baiki bumbung sekolah rosak akibat ribut
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Sumbangan ini menunjukkan komitmen Yayasan MBI membantu pihak yang terkesan akibat bencana, termasuk sekolah yang memerlukan bantuan segera untuk kerja pemulihan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan di sini, hari ini.

Ahmad Azri berkata Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat turut menyalurkan RM100,000 kepada sekolah berkenaan bagi tujuan pemulihan.

“Selain itu, sekolah juga akan menerima peruntukan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM),” katanya.

Image from: Yayasan MBI salur RM20,000 baiki bumbung sekolah rosak akibat ribut
Penyelaras Parlimen Kuala Langat R Haridass. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Kuala Langat, R Haridass berkata pihaknya membantu membawa permohonan dana sekolah tersebut kepada Yayasan MBI.

“Pihak sekolah dengan serta-merta memohon bantuan bagi kerja pemulihan akibat bencana itu.

“Yayasan MBI memudahkan proses permohonan dengan meminta beberapa dokumen sebelum dana disalurkan melalui akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Image from: Yayasan MBI salur RM20,000 baiki bumbung sekolah rosak akibat ribut
Guru Besar SJK (T) Telok Datok Ganesh Ramasamy Konddar. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Dalam pada itu, Guru Besar SJKT Telok Datok, R Ganesh berkata pihak sekolah dan PIBG merakamkan penghargaan kepada semua yang membantu proses pemulihan selepas kejadian itu.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika sesi persekolahan sedang berlangsung apabila murid dan guru menjalankan aktiviti kokurikulum.

“Keadaan cuaca yang agak luar biasa sebelum hujan dan ribut berlaku menyebabkan guru bertindak pantas mencari tempat perlindungan yang selamat untuk murid.

“Kami bersyukur kerana kerosakan hanya melibatkan bumbung dan beberapa struktur lain serta tidak menjejaskan keselamatan murid di sekolah ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved