Yes Kini Menawarkan Langganan ILMUchat Pro Secara Percuma – Untuk Lebih 3 Juta Pelanggan Yes

LocalTechnology
25 Jun 2026 • 1:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Yes Kini Menawarkan Langganan ILMUchat Pro Secara Percuma – Untuk Lebih 3 Juta Pelanggan Yes

Yes, penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan, hari ini mengumumkan kerjasama dengan ILMU AI, sekaligus menawarkan langganan ILMUchat Pro secara percuma untuk semua pelanggan Yes. Dengan langkah ini, anda tidak perlu membayar RM50 sebulan seperti pelanggan lain, tetapi boleh mengaksesnya secara percuma.

Image from: Yes Kini Menawarkan Langganan ILMUchat Pro Secara Percuma – Untuk Lebih 3 Juta Pelanggan Yes

Untuk mendapatkan akses berkenaan, pengguna perlu menebus akaun ILMUchat Pro ini melalui aplikasi MyYes.

Dengan akses ILMUchat Pro, ia menawarkan akses tanpa had untuk penjanaan poster, pengaturcaraan, muat-naik fail, dan akses kepada sejumlah ciri akan datang. ILMUchat ditawarkan secara percuma yang menawarkan akses terhad kepada sejumlah ciri-ciri, dan langganan berbayar RM50 sebulan yang menawarkan akses tanpa had kepada semua ciri-ciri pada perkhidmatan kecerdasan buatan janaan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved