Yes Menawarkan Dua Pelan Jalur-Lebar 5G Baharu Pada Harga Serendah RM58/Bulan

TechnologyDigital
28 Aug 2023 • 11:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YES telah mengemaskini penawaran internet jalur lebar rumah dengan dua pelan baharu yang lebih berpatutan. Dipanggil sebagai Yes 5G Wireless Broadband Flexi, ia ditawarkan dengan harga serendah RM58 sebulan tanpa kontrak, sementara itu langganan untuk pelan Yes 5G Wireless Broadband Gateway pula bernilai RM99 sebulan bersama kontrak dua tahun.

image is not available

Menerusi pakej baharu ini pelanggan bukan sahaja boleh menikmati data internet pada kelajuan 5G tanpa had dan kuota. Malahan turut boleh menikmatinya pada kelajuan 4G tanpa had, tetapi dengan had kuota 100GB untuk pelan 5G Wireless Broadband Flexi, sementara itu 150GB pula untuk Yes 5G Wireless Broadband Gateway sehingga ia diperbaharui.

image is not available

Kesemua yang dinyatakan di atas adalah termasuk perkongsian hotspot dan terhad untuk penggunaan data sahaja tanpa sokongan panggilan serta SMS. Seterusnya kelebihan turut diberikan untuk langganan Yes 5G Wireless Broadband Gateway yang hadir dengan penghala khusus Infinite Gateway 5G WiFi 6 secara percuma.

Bagi yang berminat anda boleh menyemak penawaran kedua-dua pelan baharu ini menerusi laman rasmi mereka hari ini.