Yew Sin-Ee Yi kekalkan rentak positif di Jerman

2 Mar 2024 • 9:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yew Sin- Ee Yi

BEREGU lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2024 selepas menyingkirkan cabaran Lu Ching Yao-Yang Pon Han dalam perlawanan yang berlangsung di Dewan Sukan Westenergie, Mulheim.

Pada perlawanan suku akhir set pertama Yew Sin-Ee Yi yang berstatus nombor 12 dunia tersebut ternyata berdepan tentangan sengit sebelum menang 21-19 bagi mengesahkan kemaraan dalam kejuaraan Super 300 itu.

Set kedua, Yew Sin-Ee Yi lebih konsisten menguasai permainan sebelum menang 21-10 ke atas pasangan dari Taiwan tersebut dalam masa 39 minit bagi mengesah pertemuan menentang pilihan ketiga, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China.

Bagaimanapun dua lagi wakil negara dalam acara beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terkandas di suku akhir selepas ditunjukkan jalan keluar lawan masing-masing

Soon Huat-Shevon Lai pilihan keempat tewas 19-21, 26-28 selepas memberi tentangan sengit kepada beregu dari Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati dalam aksi 47 minit.

Sementara itu, cabaran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula berakhir dalam masa 52 minit selepas tewas kepada pilihan ketiga dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse,

Ying Suet, 21-13, 13-21, 11-21.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved