Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir Terbuka Jerman

3 Mar 2024 • 7:57 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Harapan untuk melihat wakil tunggal negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke final Terbuka Jerman tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu di Mulhein An Der Ruhr semalam.

Beregu lelaki profesional negara yang juga pilihan utama itu tunduk 5-21, 15-21 kepada pilihan ketiga kejohanan dalam saingan separuh akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle.

Gandingan China itu dijadual berdepan wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan pada perlawanan akhir esok. Terdahulu wakil Taiwan itu mara ke final selepas mengetepikan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 22-20, 21-11.

Kali terakhir Malaysia meraih gelaran Terbuka Jerman pada edisi 2022 menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved