“You Lupa Ke Masa You Naik” – Baru Je Bertunang, Ada Wanita Dakwa Ditinggalkan Ammar Nazhan

EntertainmentLifestyle
22 Dec 2025 • 11:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh digital dan Youtuber dikenali sebagai Ammar Nazhan baru-baru dipercayai mengikat pertunangan dengan pilihan hatinya, Elya Maisara.

Namun, timbul pula dakwaan terbaru daripada seorang wanita mengatakan dia telah ditinggalkan ketika lelaki itu sedang meningkat naik.

Wanita dakwa ditinggalkan Ammar Nazhan

image is not available

Namun, dia dikatakan setia menunggu dan tidak akan memilih lelaki lain kecuali content creator itu.

Luahan panjang yang dikongsikan bersama gambar membuatkan netizen tertanya-tanya tentang kisah lama yang pernah berlaku antara mereka.

“I never choose anyone else but you”

@lynderss

i jujur, i masuk sini memang sebab you. This is our memory, you lupa ke masa you naik, you terus tinggalkan i just like that. Kalau bukan sebab kira, i memang takkan jumpa you lagi. But now i know where you are, and I’m here with you. i harap you nampak all the waiting, the sacrifices i buat selama ni. i stayed, i waited, i never choose anyone else but you. I’m here for you, still. @Ammar Nazhan

♬ Mencintaimu Piano Cover – Ray Peaceano

Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa jika bukan kerana seorang individu bernama Kira, mereka mungkin tidak akan berjumpa lagi.

Namun kini apabila mengetahui keberadaan Ammar, dia mengakui masih setia dan akan tetap menunggunya.

I jujur, i masuk sini memang sebab you. This is our memory, you lupa ke masa you naik, you terus tinggalkan i just like that. Kalau bukan sebab kira, i memang takkan jumpa you lagi. But now i know where you are, and I’m here with you. I stayed, i waited, i never choose anyone else but you.

Dakwaan panas itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen berpendapat tindakan memuat naik semula kenangan lama ketika seseorang sedang melalui fasa bahagia dalam pertunangannya dianggap kurang wajar dan boleh menimbulkan salah faham.

@amnazhan

Eps 1- Akhirnya penantian lama. Am mulakan first step. @Elya Maisara image is not available

♬ original sound – Ammar Nazhan – Ammar Nazhan

Pssttt! Kadang-kadang kisah lama muncul semula pada waktu yang paling sensitif. Apa pun, lebih elok jika semua pihak menjaga perasaan dan tidak menambah keruh keadaan. Hal hati memang rumit, jadi biarlah ia diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan kebahagiaan sesiapa.

Kredit: TikTok Lyn
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “You Lupa Ke Masa You Naik” – Baru Je Bertunang, Ada Wanita Dakwa Ditinggalkan Ammar Nazhan appeared first on Oh! Media.