Keputusan Loke muktamad, perlu dihormati: Hannah Yeoh

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 4:48 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Keputusan Loke muktamad, perlu dihormati: Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR - Ketetapan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan merupakan keputusan muktamad Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti dan perlu dihormati.

Timbalan Setiausaha Agung CEC DAP, Hannah Yeoh berkata, mesyuarat kepemimpinan tertinggi parti pada Sabtu lalu telah mengambil kira pelbagai pandangan serta cadangan sebelum ketetapan itu dimuktamadkan.

“CEC telah bermesyuarat lama dan pelbagai cadangan diberikan serta pendapat yang kami dengar. Keputusan akhir, iaitu keputusan muktamad CEC, sebagai badan pembuat keputusan tertinggi memutuskan Anthony Loke menawarkan diri untuk meletak jawatan.

“… dan itu adalah keputusan CEC. Perbincangan lain saya tak nak dedahkan kerana itu adalah dalam perbincangan CEC tetapi kami kena hormati keputusan yang dibuat CEC,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan Bazar Deepavali 2026 di sini, hari ini.

Hannah mengulas tindakan CEC DAP susulan pendirian parti berkenaan isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Sabtu, Loke menawarkan diri untuk melepaskan jawatan Kabinetnya berikutan pendirian parti itu dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun, Loke menegaskan langkah peletakan jawatan itu hanya melibatkan dirinya sahaja, manakala menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP kekal dalam pentadbiran bagi menjamin kestabilan politik negara. - 21 September, 2026

The post Keputusan Loke muktamad, perlu dihormati: Hannah Yeoh appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved