Young Tigers asah taring menjelang separuh akhir

3 Jun 2026 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Young Tigers asah taring menjelang separuh akhir
Pemain negara meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas menewaskan China 3-0. Foto: Asian Hockey Federation

KETUA jurulatih skuad hoki lelaki bawah 18 tahun (B-18) negara, Mohd Harfizi Baharom mahu tempoh rehat dua hari dimanfaatkan sepenuhnya bagi ‘mengasah taring’ pasukan menjelang aksi separuh akhir Piala Asia B-18 2026 di Kakamigahara, Jepun pada Jumaat ini.

Beliau berkata, keutamaan ketika ini adalah memperkemas beberapa aspek permainan bagi memastikan skuad negara berada pada tahap terbaik untuk menghadapi cabaran lebih getir di peringkat empat terbaik kejohanan.

Harfizi tidak menafikan Malaysia bakal berdepan ujian sukar sama ada India, Jepun atau Korea Selatan, namun percaya persiapan rapi mampu memberi kelebihan kepada pasukan.

“Kita akan gunakan masa ini untuk baiki beberapa aspek permainan supaya lebih bersedia menghadapi separuh akhir,” katanya.

Sebagai rekod, kemaraan ke separuh akhir ini menyamai pencapaian tahun lalu di Dazhou, China, sebelum Malaysia tewas kepada Pakistan menerusi penentuan penalti shoot-out selepas terikat 3-3 dalam aksi final.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved