Industri makanan dan minuman (F&B) kehilangan seorang usahawan apabila pengasas restoran BananaBro dan Boat Noodle, Tony Lim, dilaporkan meninggal dunia.
Berita pemergian beliau diumumkan menerusi laman media sosial rasmi kedua-dua jenama tersebut hari ini. Bagaimanapun, usia serta punca kematian Tony tidak didedahkan.
AdvertisementView this post on Instagram
Impian Perkenalkan Nasi Daun Pisang Ke Seluruh Dunia
Menerusi satu hantaran di Instagram, BananaBro mengenang Tony sebagai individu yang mempunyai impian untuk memperkenalkan hidangan nasi daun pisang kepada masyarakat di seluruh dunia.
Menurut jenama itu, Tony bukan sahaja menyumbangkan idea dan visi, malah turut mencurahkan sepenuh hati dalam membangunkan perniagaan serta menjaga hubungan dengan orang di sekelilingnya.
BananaBro turut menyifatkan legasi Tony akan terus hidup menerusi setiap hidangan nasi daun pisang yang disajikan serta kehidupan insan yang pernah disentuhnya.
Boat Noodle Kenang Jasa Tony Sebagai Pengasas Dan Mentor
Sementara itu, Boat Noodle menerusi satu hantaran di Instagram turut berkongsi penghargaan buat Tony yang disifatkan sebagai seorang individu penuh impian dan mentor kepada pasukannya.
Menurut Boat Noodle, Tony sentiasa menggalakkan pekerjanya supaya tidak mudah berputus asa, percaya kepada kebolehan diri sendiri dan berkembang bersama-sama.
Jenama itu turut menyifatkan kata-kata tersebut bukan sekadar nasihat, sebaliknya prinsip yang sentiasa diamalkan oleh Tony sepanjang perjalanan membangunkan perniagaan.
Netizen Turut Luah Rasa Sedih, Kenang Jasa Tony Lim
Dalam pada itu, ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan penghargaan daripada orang ramai yang mengenali serta pernah menikmati hidangan daripada jenama yang diasaskan Tony.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk seorang pengguna yang menulis:
“Thank you for unite us all, sir. ”


Tinggalkan Legasi Lebih 80 Cawangan BananaBro Dan Boat Noodle
Untuk rekod, Boat Noodle kini mempunyai 49 cawangan, manakala BananaBro mengendalikan lebih 40 cawangan di seluruh negara.
Pemergian Tony pastinya meninggalkan kesan buat keluarga, rakan sekerja dan seluruh warga kedua-dua jenama tersebut.
Semoga segala jasa dan legasi yang ditinggalkan beliau terus dikenang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Nurhaliza Cipta Rekod Asia, Dedah Tawaran Nyanyi Negaraku Di MotoGP Diterima Saat Akhir
The post “Your Legacy Will Live On” – Pengasas BananaBro & Boat Noodle, Tony Lim Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






