YouTube Kini Meningkatkan Kriteria Sebelum Boleh Jana Pendapatan – 8000 Jam Tontonan Atau 20 Juta Tontonan Shorts

TechnologyDigital
11 Aug 2026 • 10:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube Kini Meningkatkan Kriteria Sebelum Boleh Jana Pendapatan – 8000 Jam Tontonan Atau 20 Juta Tontonan Shorts

YouTube kini mengemaskini kriteria dan syarat sebelum seseorang penerbit kandungan menjana pendapatan melalui platform video mereka. Melalui kemaskini baharu, YouTube kini memerlukan penerbit kandungan mempunyai jumlah tontonan video selama 8000 jam dalam tempoh 365 hari terakhir, atau 20 juta tontonan Shorts dalam tempoh 90 hari terakhir.

Pada masa yang sama, sesuatu saluran juga perlu mempunyai 1000 pelanggan sebelum boleh melakukan permohonan ini.

Image from: YouTube Kini Meningkatkan Kriteria Sebelum Boleh Jana Pendapatan – 8000 Jam Tontonan Atau 20 Juta Tontonan Shorts

Dengan perubahan ini, YouTube meningkatkan sekali ganda untuk kriteria permohonan penyertaan dalam YouTube Partner Program berbanding sebelum ini. YouTube tidak menyatakan sebab sebalik perkara ini, tetapi berkemungkinan kerana untuk mengawal kandungan janaan AI di platform berkenaan.

YouTube menyatakan perubahan ini akan dikuat-kuasakan bermula 1 Februari 2027 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved