YouTube ialah laman penstriman video nombor satu dunia dengan lebih berbilion jam kandungan boleh ditonton secara percuma. Ini membuatkan penonton sebenarnya tidak mempunyai masa untuk menonton video yang ada. Saya secara peribadi mempunyai isu menonton video panjang yang tidak menggunakan ciri Chapters yang membolehkan saya melompat ke bahagian yang menarik.
We know viewers love to watch YouTube in the living room, and we're continuing to innovate to make the experience on TV even better. Now you can easily access auto generated key moments from any video. Check it out the next time you watch YouTube on your TV… pic.twitter.com/qRTHw695aX
YouTube menyedari ini bukan masalah saya seorang sahaja dan telah memperkenalkan ciri menjana babak menarik pada video secara automatik. Ciri ini ialah sama seperti Chapters yang dijana oleh AI YouTube secara automatik tanpa memerlukan penglibatan pemilik video.
Oleh itu, kandungan lama yang dimuat naik sebelum Chapters diperkenalkan akan mempunyai bahagian yang boleh dilangkau terus kerana dianggap menarik. Pada waktu ini ciri ini hanya boleh diakses oleh semua pengguna pada aplikasi YouTube di TV terlebih dahulu.
Ia mirip ciri janaan babak menarik mengelakkan bahagian bosan yang hanya boleh digunakan pelanggan YouTube Premium sahaja minggu lalu.





