YouTube Melonggarkan Polisi Penggunaan Bahasa Kesat Dalam Video

TechnologyDigital
9 Mar 2023 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
YouTube Content ID hak cipta

Kerjaya sebagai penghasil karya di YouTube masih lagi baharu tetapi mampu menjana pendapatan yang lumayan. Dengan bantuan pengiklanan dan tajaan, tidak mustahil menjana pendapatan sehingga tujuh angka di Malaysia. Tetapi YouTube telah meletakkan pelbagai garis panduan yang perlu dipatuhi sekiranya pengkarya ingin terus menjana kewangan.

image is not available

Antara yang diperkenalkan pada November tahun lalu ialah halangan menggunakan bahasa kesat yang boleh menyebabkan video tidak boleh memaparkan sebarang iklan. Garis panduan ini menerima maklum balas negatif daripada komuniti kerana dikatakan terlalu ketat.

Kini garis panduan telah dipinda bagi memberikan sedikit kelonggaran. Video yang menggunakan “bahasa kesat berat” seperti perkataan “F” masih dibenarkan asalkan ia tidak dalam 7 saat pertama atau digunakan berkali-kali sepanjang video. Bahasa kesat berat ini juga tidak boleh digunakan pada tajuk dan imej kecil video kerana ia secara automatik menyebabkan pengiklanan dihentikan.

Terdapat juga “bahasa kasar sederhana” seperti perkataan celaka dan tahi yang dibenarkan. Penggunaannya dibenarkan dalam jumlah yang lebih tinggi berbanding kategori sebelum ini. Menerusi perubahan ini, isu video tidak dapat menjana pendapatan akan diselesaikan.