Youtube Memperkenalkan Ciri Kod QR Untuk Akses Kepada Saluran Dengan Lebih Mudah

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Youtube mengumumkan pelancaran ciri baharu yang membolehkan pencipta kandungan untuk menjana dan berkongsi kod QR khas bagi saluran mereka. Penambahan ciri inovatif ini bertujuan untuk memudahkan proses mencari dan melanggan kepada saluran YouTube.

Melalui ciri imbasan kod QR menggunakan kamera telefon pintar seumpama ini, penonton boleh mengakses kandungan YouTube oleh pencipta kandungan tertentu secara serta merta. Melaluinya, pengguna tidak perlu menaip sebarang teks pada kotak carian yang berkemungkinan memberikan pelbagai jenis saluran kepada kandungan Youtube yang akhirnya akan mengelirukan pengguna untuk menemukan saluran sebenar yang dimahukan.

Ciri ini adalah amat berguna untuk pencipta kandungan Youtube bagi kegunaan promosi, perkongsian saluran dengan pengikut, rakan, keluarga dan sebagainya. Namun, buat masa ini ia masih belum dapat digunakan kerana menurut Youtube ciri kod QR ini akan dilancarkan kepada semua pencipta kandungan dalam beberapa hari yang akan datang serta akan diberikan secara berperingkat.