YouTube Mengembangkan Ciri Alih Suara Automatik Ke Seluruh Dunia

EntertainmentTechnology
11 Sep 2025 • 2:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua tahun lalu YouTube mengumumkan ciri Multi Audio dimana pemilik saluran boleh memuat naik trek audio dengan bahasa berbeza bersama dengan video asal. Menerusi ciri ini, penonton kemudian boleh memilik trek audio yang difahami mereka seperti ciri bahasa di DVD dan platform penstriman semasa. Pada waktu tersebut ciri hanya diberikan kepada saluran dengan pengikut besar seperti MrBeast dan Mark Rober.

image is not available

Hari ini YouTube mengumumkan ciri Multi Audio akan diberikan kepada jutaan penghasil kandungan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Kali ini audio asal pada video akan dialih bahasa secara automatik menggunakan kecerdasan buatan Google Gemini. Trek audio dalam bahasa lain ini akan menggunakan suara asal penghasil kandungan.

image is not available

Selain menawarkan trek audio berbeza secara automatik, YouTube juga menguji paparan imej kerdil thumbnail yang juga menggunakan bahasa berbeza. Dengan ciri ini dan trek audio berbeza, YouTube berkata jumlah tontonan boleh melonjak sehingga 25% berbanding hanya menggunakan audio serta imej kerdil asal.