Telegram Kini Membolehkan Pengguna Menambah Lagu Pada Halaman Profil

Digital
3 Sep 2025 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram mengemaskini aplikasi dengan beberapa ciri baharu yang menjadikan pengalaman pengguna lebih menarik dan peribadi.

image is not available

Pengguna kini boleh menambah lagu kegemaran terus ke halaman profil mereka. Hanya tekan butang ‘Add to Profile’ pada pemain audio dan lagu tersebut akan muncul di bar di bawah gambar profil. Semua lagu yang ditambah akan disusun secara automatik dalam bentuk senarai main menjadikan pengalaman mendengar muzik lebih tersusun.

image is not available

Selain itu, Telegram turut melancarkan Stickers Mini App iaitu sebuah aplikasi mini yang membolehkan pengguna mencipta pelekat dan emoji dengan lebih mudah. Melalui aplikasi ini, pengguna bukan sahaja dapat mengurus pek pelekat mereka malah boleh melihat statistik penggunaan secara terperinci.

image is not available

Bagi pengguna Android, antara muka aplikasi kini tampil dengan reka bentuk yang lebih moden dan responsif. Reka bentuk ini diinspirasikan daripada versi iOS yang turut menampilkan konsep lebih kemas dan mesra pengguna.

image is not available

Pengguna turut boleh memilih tab utama yang akan dipaparkan apabila seseorang membuka halaman profil mereka. Dengan ciri ini, pengguna dapat menyerlahkan bahagian yang penting seperti Archived Stories dan koleksi hadiah bagi menjadikan profil lebih menarik.

image is not available

Telegram turut memperkenalkan tema hadiah baharu yang membolehkan pengguna menetapkan latar belakang aplikasi berdasarkan koleksi hadiah mereka. Setiap hadiah hadir dengan tema unik tersendiri bergantung kepada koleksi masing-masing. Semua ciri ini tersedia dalam versi terkini aplikasi.