YouTube Perkenal Ciri Jump Ahead Yang Melangkau Terus Ke Bahagian Menarik

TechnologyDigital
7 May 2024 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube minggu ini mula memperkenalkan ciri baharu Jump Ahead kepada semua pengguna YouTube Premium di Amerika Syarikat menurut laporan 9to5Google. Jump Ahead yang telah diuji sejak beberapa bulan yang lalu membolehkan penonton terus melangkau ke bahagian yang menarik di dalam video mengikut pola tontonan pengguna yang lain.

image is not available
Imej oleh 9to5Google

Jika anda ingat YouTube perkenal graf bahagian paling popular di video sejak 2022 dan ini ialah kali pertama sebuah butang khas diberikan untuj pergi terus ke bahagian-bahagian ini. Ia sama seperti butang Skip Intro yang digunakan di Netflix dengan ia diletakkan pada bucu bawah kanan tingkap video.

Seperti kesemua ciri baharu yang diperkenalkan oleh YouTube sejak kebelakangan ini, Jump Ahead juga dikuasai oleh sistem kecerdasan buatan (AI). Sebagai penghasil kandungan ciri ini mungkin akan memendekkan waktu tontonan video. Sebagai pengguna pula ia ciri menarik yang membolehkan kita pergi ke bahagian menarik tanpa menghabiskan data menonton bahagian yang bosan.