YouTube Perkenalkan Fungsi Baharu Untuk Shorts Dan Siaran Langsung

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Youtube mengumumkan beberapa penambahbaikan terkini yang memberi tumpuan terhadap kandungan Shorts dan siaran langsung. Bagi kandungan Shorts, YouTube menawarkan paparan baharu untuk butang membeli belah (Product Stickers).

image is not available

Produk yang ditandakan dalam video kini akan dipaparkan dalam bentuk pelekat menarik yang boleh diletakkan pada skrin main balik mengikut pilihan pencipta. Apabila pelekat tersebut ditekan, penonton akan dibawa terus ke laman web penjual produk berkenaan.

Selain itu, YouTube turut meluaskan akses komuniti (Communities) kepada lebih banyak saluran. Ciri ini membolehkan pencipta kandungan berkongsi siaran berbentuk teks, undian, imej, dan pautan bersama penonton mereka.

image is not available

Tidak ketinggalan, YouTube hadir dengan empat hadiah beranimasi baharu (New Gifts) iaitu Victory Spin, Hooray, Seal Splash dan Rockstar. Hadiah-hadiah ini boleh dihantar oleh penonton semasa penstriman berlangsung sebagai tanda sokongan kepada pencipta kandungan.