“Ytjt” – Poster Ucapan Sambut Pelajar Baharu Universiti Malaya Buat Netizen ‘Throwback’

Entertainment
30 Sep 2024 • 11:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika ini, kebanyakan universiti sedang sibuk meraikan kedatangan pelajar-pelajar baharu yang mendaftar masuk.

Sebuah universiti awam, Universiti Malaya (UM) telah menjadi tumpuan netizen sejak semalam apabila pusat pengajian itu berkongsi poster ucapan menyambut pelajar baharu menerusi media sosial mereka.

“Selamat datang ke Universiti Malaya, pelajar baharu sesi 2024/2025! Tahniah atas kejayaan melangkah ke salah satu institusi terulung di Malaysia.

“Selamat menikmati kehidupan kampus, dari sesat di Fakulti hinggalah assignment last minute (kami semua pernah laluinya).

“Yang penting, nikmati perjalanan ni sebab kisah anda di UM nanti akan jadi kenangan manis yang takkan dilupakan!” ucapnya.

image is not available

Hantaran itu menarik perhatian ramai kerana rekaan poster ucapan itu dibuat menggunakan font Microsoft Word iaitu tulisan berwarna-warni, perkataan berombak dengan menambah bayang-bayang di latar belakangnya.

Rekaan terbabit membuatkan orang ramai terkenang zaman belajar terutama kepada mereka yang pernah menggunakan tulisan tersebut.

image is not available image is not available

Malah, poster itu juga membawa pereka grafik mengulas mengenai idea rekaan tersebut. Menurut seorang pereka grafik bernama Asrul Shamri, poster tersebut dihasilkan dengan penuh kemas, tersusun dan konsisten walaupun nampak basic.

“Sebenarnya keseluruhan design poster ni dibuat dengn baik dan kemas. Mungkin temanya ‘saya budak baru belajar’ pada effect text. Kalau betul telahan saya, memang genius idea poster ini!” katanya.

Difahamkan, idea rekaan poster terbabit diambil daripada poster yang dibuat oleh Universiti Indonesia (UI). Perkara ini diketahui apabila pihak UM memberi kredit idea asal kepada universiti tersebut.

Apapun, UM berjaya membawa kita mengimbau nostalgia zaman belajar dulu-dulu…

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.