Yuran jadi hadiah pemenang, pertandingan memancing boleh jatuh haram – Mufti Kedah

27 Oct 2026 • 2:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pertandingan memancing di kolam berbayar mengandungi unsur perjudian sekiranya wang penyertaan peserta dikumpulkan untuk dijadikan hadiah kepada pemenang, menurut penjelasan Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Image from: Yuran jadi hadiah pemenang, pertandingan memancing boleh jatuh haram – Mufti Kedah

Foto: Shaipul Salleh

Berdasarkan fatwa bertarikh 6 November 2023 itu, penentuan hukum bergantung pada kaedah kutipan yuran dan sumber hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan berkenaan.

“Dalam konteks pertandingan memancing, jika sesuatu pertandingan meletakkan syarat sejumlah bayaran atau yuran kepada pemain atau peserta dan dikumpul sebagai hadiah kepada pemenang, maka pertandingan ini mengandungi unsur perjudian.
“Bagaimanapun, hukum asal sesuatu permainan adalah harus selagi tidak mengandungi unsur perjudian atau perkara lain yang dilarang syarak,” menurut kenyataan itu.

Fatwa berkenaan menerangkan bahawa perjudian, atau maisir dan qimar, membabitkan pertaruhan wang atau sesuatu yang bernilai. Peserta yang menang menerima ganjaran, sementara peserta yang kalah kehilangan wang pertaruhan mereka.

Namun, penganjur dibenarkan mengenakan bayaran pada kadar munasabah untuk membiayai perkhidmatan serta pengurusan pertandingan.

Perbelanjaan itu termasuk sewaan tempat dan peralatan, penyediaan makanan serta minuman, tempat letak kenderaan, kerja pembersihan dan utiliti berkaitan.

Penjelasan tersebut membezakan bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan dengan wang penyertaan yang dipertaruhkan untuk memberi pulangan kepada pemenang sahaja.

Image from: Yuran jadi hadiah pemenang, pertandingan memancing boleh jatuh haram – Mufti Kedah

“Maka bentuk pertandingan seumpama ini adalah haram kerana ia termasuk di bawah judi dan bertentangan dengan konsep pulangan iaitu hanya memberi manfaat kepada pemenang sahaja,” menurut fatwa itu.

Sebaliknya, pertandingan yang menyediakan hadiah daripada tajaan pihak ketiga adalah harus, berdasarkan pandangan ulama yang membenarkan ganjaran diberikan oleh pihak selain peserta yang bertanding.

Fatwa itu turut mengingatkan pengusaha kolam supaya tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan menerusi pertandingan, khususnya apabila hadiah lumayan menjadi tarikan utama sehingga mengatasi tujuan aktiviti memancing.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah turut menasihatkan penganjur dan pihak berkaitan agar memastikan pertandingan mematuhi tuntutan syariat serta undang-undang yang berkuat kuasa di negeri berkenaan.

Isu itu mendapat perhatian susulan penularan beberapa pertandingan memancing yang menawarkan hadiah antara RM1 juta hingga RM1.1 juta dan menarik penyertaan ribuan pemancing dari seluruh negara.

Sumber: Berita Harian (Noorazura Abdul Rahman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved