Yusuf Azmi ‘Tumbang’ Di Tangan Yunus Martin, Terhuyung-hayang Dalam Ring [Video]

8 Dec 2025 • 10:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Awal bulan lalu, kecoh di media sosial mengenai beberapa video gimik yang memaparkan ketegangan berlaku sewaktu sidang akhbar Kejohanan Dunia Warzone 2025 (WWC 2025) melibatkan wakil Malaysia, Yusuf Azmi dan petinju Indonesia, Yunus Martin.

Ia mendapat kritikan ramai terutamanya daripada komuniti sukan tempur kerana didakwa boleh mencemarkan imej sukan berkenaan selain mampu memberi pengaruh negatif kepada anak-anak muda.

Setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi, WWC 2025 tetap diteruskan pada 6 dan 7 Disember di mana orang ramai tertumpu kepada pertarungan di antara Yusuf Azmi dan Yunus yang telah dijadualkan semalam.

Yusuf Azmi kalah lawan Yunus Martin

Terbaharu, Yusuf yang turut digelarkan Kanda berusia 35 tahun itu dilaporkan tewas kepada Yunus dalam acara kemuncak WWC.

Kejohanan terbabit yang berlangsung di N9 Arena Nilai, Negeri Sembilan itu menyaksikan pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan) terbabit bermula garang seawal pusingan pertama.

Menerusi klip video sewaktu pertarungan yang dikongsikan di akaun Facebook Harimau Malaya, kelihatan Yusuf pada awalnya memberi tentangan hebat kepada Yunus dengan melepaskan beberapa tumbukan.

Masuk pusingan kedua dah penat, pusingan ketika terhuyung-hayang

Bagaimanapun, di pusingan kedua, Yusuf kelihatan mula keletihan di mana tumbukannya tidak lagi bermaya sekali gus memberi peluang kepada Yunus untuk menumbangkannya.

Dalam video terbabit, kelihatan Yunus yang berusia 30 tahun itu berjaya melepaskan kombinasi tumbukan yang menghasilkan mata demi mata.

Di pusingan ketiga, faktor keletihan dan kecergasan jelas mengganggu rentak Azmi atas gelanggang dan situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Yunus dengan asakkan bertali arus.

Memetik Sinar Harian, Yusuf kelihatan terhuyung-hayang sebelum pasukannya melemparkan tuala putih ke dalam gelanggang memaksa pengadil menamatkan pertarungan yang berbaki 22 saat di pusingan ketiga.

Yunus kemudiannya diisytihar menang menerusi technical knockout (TKO) sekali gus menjadikan ia kemenangan sulungnya di Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Warzone world championship (@wwcchampionship)

Kontroversi WWC hingga dapat perhatian Menteri Belia dan Sukan

Terdahulu, kontroversi WWC mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut tampil menyatakan acara berkenaan tiada kelulusan dan digesa untuk tidak teruskan.

Pun begitu, WWC tetap diteruskan selepas pihak penganjur telah menghantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) untuk tujuan pendaftaran selain akan memastikan pematuhan kepada undang-undang serta garis panduan.

Kementeria Belia dan Sukan (KBS) dan PJS kemudiannya memberi lampu hijau untuk kejohanan tersebut diteruskan.