Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Sah Cerai Talak 1

LocalEntertainment
2 Apr 2026 • 1:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

LPasangan selebriti Yusuf Bahrin, 34,  dan Zizi Kirana, 41, sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, hari ini. 

Perceraian yang difailkan oleh Zizi itu dilaporkan berlangsung secara baik, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan berkenaan yang timbul sebelum ini.

Spekulasi mula tercetus apabila kedua-dua mereka dilihat menyambut Hari Raya Aidilfitri secara berasingan tahun ini. 

Kedua-duanya juga dilihat memuat naik foto sambutan 1 Syawal di media sosial tanpa kehadiran satu sama lain.

Yusuf dilihat berkongsi gambar bersama ahli keluarganya dengan kapsyen ringkas menyatakan suasana raya yang tenang, manakala Zizi memuat naik gambar bersendirian tanpa kehadiran suami.

Perkongsian berasingan itu mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan pengikut, memandangkan pasangan berkenaan sebelum ini kerap tampil bersama dalam acara serta perkongsian di media sosial.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi tersebut sebelum ini.

Terdahulu, rumah tangga mereka mula menjadi perhatian apabila timbul dakwaan bahawa kedua-duanya tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia. - Getaran, 2 Mac 2026