Pokemon Go Dan Ingress Akan Menghentikan Sokongan Untuk Peranti Android KitKat Julai Ini

19 Jun 2019 • 10:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pokemon Go dan Ingress adalah dua permua yang terawal menggunakan teknologi peranti terimbuh. Kedua-duanya juga dibangunkan oleh Niantic. Demam Pokemon Go mungkin sudah tidak seperti dahulu tetapi masih terdapat jutaan pemain di seluruh dunia. Tetapi bermula 1 Julai 2019, sokongan pada beberapa peranti lama akan dihentikan.

Niantic mengumumkan Pokemon Go dan Ingress tidak lagi akan disokong pada peranti yang masih menggunakan Android KitKat. Sokongan dihentikan mungkin kerana sistem operasi ini sudah berusia enam tahun dan hanya digunakan 6.9% peranti mengikut angka yang dokongsi oleh Google bulan lalu. Ini adalah peratusan yang lebih rendah berbanding 10.4% yang kini menggunakan Android Pie.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved