Zahid Hamidi tegaskan UMNO tak bergerak solo PRU-16, namun akan datang belum tahu

LocalPolitics
24 Jul 2025 • 10:08 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal dengan pendirian untuk tak bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), sebaliknya meneruskan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik negara.

image is not available

UMNO tak bergerak solo, keputusan parti mahu terus bekerjasama

Memetik laporan daripada Berita Harian, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan meskipun ada suara mendesak UMNO-BN bertanding secara bersendirian, namun keputusan parti adalah untuk terus bekerjasama, sambil tetap berpegang pada penggunaan lambang dacing.

“Untuk masa depan, kita tidak akan (bergerak) solo walaupun ada suara yang mahu kita berbuat demikian. Tapi kita tetap guna lambang BN, namun dalam masa yang sama kerjasama dengan parti-parti lain tetap berjalan,” ujarnya.

image is not available

UMNO tak bergerak solo, MIC & MCA juga mahu terus guna lambang BN

Beliau turut menegaskan bahawa MIC dan MCA juga mahu terus menggunakan lambang BN, dan sebarang suara menentangnya dianggap sebagai pandangan peribadi.

“Walaupun kita dengarlah suara-suara (tidak mahu guna lambang BN), tetapi selagi kepemimpinan utama dalam politik kerjasama (political coalition) ini mahu (gunakan lambang BN), kita anggaplah (suara yang tidak mahu) sebagai pendapat peribadi,” jelasnya.

Namun selepas PRU-16 mungkin boleh berubah

Namun begitu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi bayangan bahawa situasi selepas PRU-16 mungkin berubah, bergantung pada prestasi dan bilangan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti yang terlibat.

“Selepas itu kita tidak tahu kita dapat berapa (kerusi), mereka dapat berapa.
“Tapi ingat, di Malaysia ini lazimnya perbezaan pandangan berdasarkan warna parti adalah nostalgia. Kita sanggup lupakan warna yang berbeza demi kestabilan politik,” tegasnya.

image is not available

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum BN ke-6 bertajuk “Masa Depan Politik Kerjasama Malaysia” semalam.

Sumber: Berita Harian (Noor Atiqah Sulaiman)