Zahnita Tayang ‘Kekasih Baru’ Di IG, Tinggal 23 Hari Sebelum Detik Bahagia?

Entertainment
4 Sep 2026 • 8:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan model, Zahnita Wilson sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi foto bersama lelaki pilihannya di Instagram, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Menerusi hantaran terbaharu itu, Zahnita dilihat bergambar bersama seorang lelaki ketika mereka menikmati masa bersama. Lebih menarik perhatian, dia turut menulis kapsyen ringkas, “23 days to go…” bersama emoji hati.

Advertisement
View this post on Instagram

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang tidak sabar menantikan perkembangan baharu dalam kehidupan peribadinya.

Sebelum ini, Zahnita, 41, mengesahkan sudah bertunang dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘F’ menerusi sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Zahnita sebelum ini memilih untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu kepada umum dan memaklumkan lelaki berkenaan bukan daripada industri hiburan. Dia turut menggambarkan tunangnya sebagai seorang yang penyayang dan memahami dirinya.

Pernah Melalui Kemelut Rumah Tangga

Perkembangan terbaharu itu hadir selepas Zahnita melalui fasa sukar dalam rumah tangganya bersama bekas suami, Abdul Zackery Ghouse.

View this post on Instagram

Zahnita sebelum ini memfailkan permohonan perceraian pada Disember 2024 selepas hampir dua dekad mendirikan rumah tangga sejak 2005.

Kemelut berkenaan turut dibawa ke Mahkamah Syariah Kuantan dan melibatkan beberapa perkara termasuk permohonan cerai serta isu hak penjagaan dan lawatan anak-anak.

Pada Mei 2025, Zahnita menegaskan dia sudah nekad untuk meneruskan perceraian selepas usaha hakam keluarga gagal mencapai perdamaian antara mereka.

Kini, perkongsian terbaharu Zahnita bersama lelaki pilihannya itu dilihat sebagai satu lagi petanda bahawa dia sedang melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya.

Dengan kapsyen “23 days to go…”, ramai pastinya tertanya-tanya apakah detik istimewa yang bakal berlangsung dalam tempoh kurang sebulan lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adira suhaimi2026-09-03 14:32:15

"Kalau Sah Rujuk Pun, Saya Tetap Akan Ceraikan Dia" - Datuk Red

The post Zahnita Tayang ‘Kekasih Baru’ Di IG, Tinggal 23 Hari Sebelum Detik Bahagia? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved