Zainora dilantik Ketua Eksekutif CIDB baharu

Business & Finance
29 Nov 2024 • 7:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zainora

ZAINORA Zainal dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) baharu berkuatkuasa Khamis lalu.

CIDB dalam satu kenyataan memaklumkan, Zainora menjawat jawatan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Zaid Zakaria yang bersara wajib.

Menurut kenyataan itu, Zainora telah berkhidmat selama 26 tahun di CIDB dan sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Eksekutif II (Pembangunan).

"Antara jawatan yang telah disandang beliau termasuk Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi, Pengarah Negeri CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pengurus Besar Bahagian Persekitaran Bisnes dan Bahagian Antarabangsa.

" Beliau terlibat di dalam pelbagai jawatankuasa yang bertanggungjawab membangunkan polisi, program dan standard berkaitan industri pembinaan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Ujarnya, surat pelantikan jawatan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di pejabatnya di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved