
Neelofa sekali lagi tarik perhatian ramai bila kongsi pandangannya tentang peranan isteri dalam rumah tangga. Menerusi podcast The Grow and Glow, usahawan popular ni pesan supaya isteri letak kedudukan suami lebih tinggi daripada orang lain.
Sekarang ramai yang melangkah masuk rumah tapi dia masih bawa status sebagai seorang bos atau pun dengan memiliki harta yang banyak. Jadi bagaimana awak mahu mendengar cakap suami? Macam mana awak nak minta keizinannya?
Suami boleh jadi kawan, tapi kena ada batas tegas Neelofa…

Menurut Neelofa, walaupun ramai anggap suami sebagai bestie zaman sekarang, itu tak bermakna hormat boleh dibuang ke tepi. Katanya, mesti ada “lapis hormat” yang dijaga walaupun hubungan tu rapat dan mesra.
Memanglah zaman sekarang orang menganggap suami mereka seperti ‘bestie’ tetapi kena ada satu lapis hormat yang kita letakkan.
Di ruangan komen, ramai netizen akui pandangan Neelofa tu ada benarnya. Malah, mereka kagum dengan cara Neelofa layan PU Riz, walaupun dia sendiri mampu berdiri atas kaki sendiri.
Ramai juga ambil kata-kata ni sebagai nasihat peringatan untuk sama-sama perbaiki cara melayan pasangan.

Pssttt! Zaman moden tak salah nak jadi rapat dengan pasangan sampai boleh borak macam kawan baik. Tapi hormat tetap kena ada, sebab tu asas rumah tangga. Pesan Neelofa ni bukan nak rendahkan sesiapa, cuma nak ingatkan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian keluarga. Kadang-kadang, yang simple tu la paling deep.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.


