“Zaman Sekarang Orang Anggap Suami Bestie..” – Neelofa Tegaskan Kedudukan Suami Perlu Diletak Di Tempat Yang Tinggi

EntertainmentLifestyle
11 Jun 2025 • 9:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan serta selebriti dikenali ramai iaitu Neelofa ada berkongsikan pandangannya mengenai ketaatan terhadap suami.

Letakkan kedudukan suami lebih tinggi

Dapat dilihat dalam The Grow and Glow Podcast, Neelofa menegaskan seorang isteri perlu meletakkan kedudukan suami lebih tinggi berbanding orang lain.

image is not available

 

Sekarang ramai yang melangkah masuk rumah tapi dia masih bawa status sebagai seorang bos atau pun dengan memiliki harta yang banyak. Jadi bagaimana awak mahu mendengar cakap suami? Macam mana awak nak minta keizinannya?

‘Tahu zaman ni anggap suami bestie tapi..’

Dalam pada itu, pengacara itu menasihati kaum isteri untuk menghormati suami terutama dari segi percakapan, meski pun hubungan yang dibina seperti rakan baik.

image is not available

Memanglah zaman sekarang orang menganggap suami mereka seperti ‘bestie’ (kawan baik ) tetapi kena ada satu lapis hormat yang kita letakkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Neelofa dan turut memuji isteri pendakwah bebas, PU Riz itu kerana sering mengutamakan suami biarpun dia mampu memiliki apa-apa pun dengan sendiri.

image is not available 2 weeks ago

Ina Naim Sifatkan Neelofa Contoh Wanita Solehah - "Sebab Dia Buat Kerana Allah, Rezeki Dia Melimpah Ruah.."