Zambry Ucap Takziah Kepada Bakal Graduan UMK, Ibu Bapa Maut Dalam Kemalangan

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 12:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Zambry Ucap Takziah Kepada Bakal Graduan UMK, Ibu Bapa Maut Dalam Kemalangan

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan takziah kepada bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Husna Syakira Abd Halim susulan pemergian kedua-dua ibu bapanya dalam satu kemalangan.

Menerusi perkongsian di Facebook malam ini, Zambry berkata, kejadian yang meragut nyawa ibu bapa Husna Syakira ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri majlis konvokesyen anak mereka itu merupakan satu kehilangan yang amat menyedihkan.

"Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua-dua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Zambry berharap agar Husna Syakira dan keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan berat berkenaan.

Terdahulu, sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka cedera parah selepas kereta dinaiki keluarga itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), selepas Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, hari ini.

Pasangan berkenaan dikenal pasti sebagai Abd Halim Bakar, 64, dan isterinya, Siti Sara Abd Rahman, 58.

Baca juga:

Anak lelaki mereka, Mohamad Syazwan Hakimi, 28, pula dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved