Zamil, Mukhlis diarah bayar RM483,000 kepada Husam

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 9:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Zamil, Mukhlis diarah bayar RM483,000 kepada Husam

PETALING JAYA: Pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin hari ini menang saman ke atas aktivis politik Zamil Ibrahim serta bekas pegawai khas Najib Razak, Muhammad Mukhlis Maghribi.

Keputusan itu dicapai dalam satu penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar yang mengarahkan Zamil dan Mukhlis membayar RM483,000 kepada Ahmad Husam selepas membenarkan keseluruhan tuntutan terhadap dua individu berkenaan.

Peguamcara bagi pihak Ahmad Husam yang bertindak sebagai plaintif, Muhammad Asyraf Abd Aziz dari firma guaman Zain Megat & Murad mengesahkan perkembangan itu.

Katanya, dalam prosiding berlangsung hari ini, Zamil dan Mukhlis diarah membayar keseluruhan ganti rugi dan kos sebanyak RM483,000.

“Saya percaya bahawa kebenaran mungkin mengambil masa untuk terserlah, tetapi dengan izin Allah SWT, kebenaran tetap akan menemukan jalannya,” katanya.

Pada 27 Dis 2023, Ahmad Husam memfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap empat individu, termasuk dua bekas pegawai Najib.

Saman itu dikemukakan terhadap Zamil yang juga bekas presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) dan serta bekas Mukhlis.

Manakala pada 29 Mac 2024, Ahmad Husam membuat laporan polis, dakwa diugut Zamil dan Mukhlis.

Dalam laporan polis yang dibuat di Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Ahmad Husam mendakwa diugut dua individu berkenaan.

Melalui laporan polis berkenaan, Ahmad Husam mendakwa Zamil telah berjumpa dengan seorang bapa saudaranya yang dikenali sebagai ‘Pak Ndak’ bertujuan memfitnah selain cuba memeras ugutnya.

Sementara itu, Ahmad Husam dalam kenyataannya melahirkan rasa syukur selepas keputusan mahkamah berpihak kepadanya.

Katanya, perjalanannya untuk mencapai kepada keputusan mahkamah hari ini bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Alor Setar telah membenarkan keseluruhan tuntutan saman saya terhadap dua individu, iaitu Zamil dan Mukhlis berhubung konspirasi untuk mendapatkan sejumlah wang daripada saya secara salah serta perbuatan fitnah terhadap saya.

“Sesungguhnya perjalanan untuk sampai ke hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun saya percaya bahawa kebenaran mungkin mengambil masa untuk terserlah, tetapi dengan izin Allah SWT, kebenaran tetap akan menemukan jalannya,” katanya.-UTUSAN

The post Zamil, Mukhlis diarah bayar RM483,000 kepada Husam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved