Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah atas dakwaan cuba cetus kegentaran awam

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 10:27 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Aktivis kontroversi dan penceramah bebas Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam.

Tertuduh berusia 42 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.

Zamri atau nama sebenar Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa mengikut pertuduhan membuat satu hantaran di Facebook yang boleh menimbulkan ketakutan atau kegusaran dalam kalangan orang awam pada 3 Feb lalu, berhubung satu perhimpunan membabitkan ‘kuil haram’.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Jika disabitkan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau dengan kedua duanya sekali. - 17 Mac, 2026

The post Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah atas dakwaan cuba cetus kegentaran awam appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved