Zarina Anjoulie Dituduh Hamil Dan Pernah Ada Hubungan Dengan Saixse, Ini Penjelasan Tuan Badan!

EntertainmentLifestyle
4 Apr 2025 • 2:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Saixse Zarina Anjoulie

Selepas mendakwa rapper, Saixse mencuri kad bank miliknya, kini muncul pula dakwaan liar kononnya pelakon, Zarina Anjoulie pernah menjalin hubungan cinta dengan Saixse.

Menurut laporan mStar, Anju menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa tiada hubungan peribadi antara mereka selain urusan kerja yang tidak menjadi.

Saya tidak hamil anak dia dan saya tiada apa-apa dengan dia kecuali kerjasama yang tak jadi.

Anju dah buat laporan polis?

image is not available

Sebelum ini, Anju telah memuat naik video dirinya di balai polis, dipercayai membuat laporan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan. 

Pelakon itu juga memaklumkan bahawa dia akan mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan konflik bersama Saixse tidak lama lagi.

Netizen ‘serang’ IG Saixse, tuntut penjelasan!

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen Instagram milik Saixse, ramai netizen yang mengecam dan mendesak penjelasan daripada penyanyi itu.

Bukan tu jer, ramai yang mengingatkan Saixse supaya tidak memandang ringan situasi tersebut kerana Zarina bukan orang yang boleh dibuli begitu sahaja.

Silap orang kau buat hal. Tu Anju dah cari kau!

Saixse terus membisu, nombor telefon tidak aktif

image is not available

Usaha pihak mStar menghubungi Saixse gagal apabila nombor telefonnya tidak lagi aktif. 

Difahamkan, sejak pendedahan awal oleh Zarina, penyanyi lagu Malam Pagi itu tidak memberikan sebarang respon rasmi.

#ApaKataOhmedia

Kalau ada isu atau salah faham, berkomunikasilah secara matang dan bertanggungjawab. 

Jangan biarkan tuduhan atau konflik berlarutan hingga mengheret ke balai polis dan media sosial. Nama baik susah dibina, tapi senang runtuh bila tersilap langkah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.