Zelensky beri amaran ruang udara Russia kini ‘sangat berbahaya’

WorldPolitics
2 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Zelensky beri amaran ruang udara Russia kini ‘sangat berbahaya’

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memberi amaran ruang udara Russia kini menjadi sangat berbahaya ketika perang antara kedua-dua negara terus berlarutan.

Menerusi satu perutusan yang dimuat naik di aplikasi Telegram pada Selasa, Zelensky menegaskan Kyiv tidak pernah meletakkan penerbangan awam atau pesawat komersial sebagai sasaran serangan.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kehadiran dron serta peluru berpandu Ukraine di ruang udara Russia bagi tujuan pertahanan membawa risiko yang semakin meningkat kepada keselamatan penerbangan.

Zelensky turut menegaskan tahap keselamatan di ruang udara Russia hanya akan pulih apabila langkah nyata ke arah perdamaian bermula.

“Buat masa ini, ruang udara di seluruh Russia adalah untuk dron, bukannya penerbangan awam.

“Walaupun pihak berkuasa Russia tidak memaklumkan perkara ini secara telus kepada rakyat mereka, ruang udara Russia secara praktikalnya bakal ditutup, perang yang dimulakan oleh Russia sendiri yang menutupi ruang udara mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Zelensky menyatakan Ukraine sentiasa menyokong usaha diplomatik untuk menamatkan peperangan dan sebelum ini pernah bersetuju untuk menghentikan sementara serangan dron atas permintaan rakan persekutuan mereka.

“Apabila pihak Amerika Syarikat (AS) meminta kami menghentikan serangan ke atas Moscow dan St. Petersburg pada 25, 26 dan 27 Ogos lalu, kami mematuhi gencatan sementara tersebut.

“Tiada sebarang serangan dilancarkan ke atas Russia, sedangkan serangan terhadap Ukraine tetap berterusan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan Ukraine akan menghormati permintaan daripada sebuah ‘kuasa global’ untuk menangguhkan serangan ke arah Vladivostok bagi tempoh tertentu, sambil menambah pertemuan di Moscow kini sedang dirancang dan pihaknya akan mengambil kira perkembangan tersebut.

“Kami sentiasa menyokong setiap langkah ke arah perdamaian, sebarang usaha bagi menghalang Russia daripada menjadikan perang ini berpanjangan tanpa penghujung,” katanya.-AGENSI

The post Zelensky beri amaran ruang udara Russia kini ‘sangat berbahaya’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved