Zelensky pecat Duta Ukraine ke AS

WorldPolitics
4 Aug 2026 • 11:13 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Zelensky pecat Duta Ukraine ke AS

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memecat dutanya ke Amerika Syarikat (AS), Olga Stefanishyna, dalam langkah yang dijangka susulan rombakan kerajaan bulan lalu.

Pemecatan itu diumumkan menerusi dekri ketika Kyiv giat melobi Washington bagi mendapatkan lebih banyak peluru berpandu pertahanan udara Patriot untuk menghalang serangan Russia.

Dalam hantaran di Facebook yang turut memuatkan surat memohon untuk dilepaskan daripada tugasnya, Stefanishyna berkata keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan ‘didorong keadaan peribadi’.

Beliau menyifatkan tugas sebagai duta Ukraine ke Washington sebagai penghormatan terbesar dalam hidupnya.

“Kami meningkatkan bekalan senjata Amerika dan mengekalkan sokongan tepat ketika iklim politik di Washington berubah memihak kepada kami,” katanya.

Stefanishyna, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kehakiman, dicalonkan sebagai duta Ukraine ke AS pada Julai tahun lalu.

Jawatan itu penting bagi Ukraine yang bergantung kepada penghantaran senjata dan perkongsian risikan AS dalam konflik menentang Russia.

Hubungan antara Zelensky dan rakan sejawatannya dari AS, Donald Trump, tegang dan kadangkala bergolak.

Bagaimanapun, bekas taikun hartanah dan anggota Republikan itu kebelakangan ini dilihat lebih memberi sokongan kepada pemimpin Ukraine berkenaan.

Menurut media Ukraine, Stefanishyna sedang disiasat agensi antirasuah negara itu atas dakwaan salah laku, namun beliau belum didakwa secara rasmi.

Zelensky yang melakukan rombakan kontroversi dalam kerajaan pada Julai, masih belum mengumumkan pengganti Stefanishyna sebagai duta Ukraine ke Washington.- AFP

The post Zelensky pecat Duta Ukraine ke AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved