
Penyanyi, Ziana Zain tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menonton video kejutan yang merangkumi ucapan daripada empat orang anaknya.
Video tersebut ditayangkan ketika majlis sidang media pengumuman konsert solo Ziana Zain yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.
Video itu dimulakan dengan ucapan anak pertamanya iaitu Muhammad Aiman.
Ucapan Aiman yang memberikan kata-kata semangat buat ibunya itu ternyata telah menyentuh hati Ziana sehingga penyanyi itu mengalirkan air mata sebaik sahaja mendengar suara anaknya.
“Aiman doakan mama konsert berjalan dengan lancar dan juga meriah. Jangan risau mama, kami adik beradik ada untuk support mama.
“Terima kasih mama kerana berada di sisi kami sejak kami kecil. Terima kasih untuk segalanya dan kami sayangkan mama,” ujarnya.
Ucapan itu kemudian disusuli dengan tiga orang lagi anaknya iaitu Muhammad Ammar, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Saksikan video penuh ucapan tersebut di bawah:
