Ziana Zain sebak ibu bapa tak sempat lihat bergelar Datuk

LocalEntertainment
24 Aug 2026 • 3:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ziana Zain sebak ibu bapa tak sempat lihat bergelar Datuk

MELAKA – Kegembiraan penyanyi popular, Ziana Zain selepas menerima gelaran Datuk turut diselubungi rasa sebak apabila mengenangkan kedua ibu bapanya tidak sempat menyaksikan detik bersejarah itu.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata, pengiktirafan yang diterimanya selepas lebih tiga dekad dalam bidang seni itu bagaimanapun tetap menjadi momen bermakna, lebih-lebih lagi apabila ia diberikan oleh negeri kelahirannya sendiri.

“Saya sangat bersyukur, walaupun rasa sedih juga sebab kedua-dua ibu bapa saya tidak dapat tengok. Itu yang saya sedih.

“Selepas lebih 30 tahun berjuang dalam bidang seni ini, akhirnya saya diiktiraf daripada tempat kelahiran kita sendiri. Di mana saya berada pun, walaupun pergi ke mana-mana, kalau orang tanya saya tetap akan bawa nama Melaka itu. Melaka di hati kita, tak lekang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima anugerah berkenaan pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Mengenai gelaran Datuk yang kini disandang, Ziana berkata, beliau masih memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan panggilan tersebut.

“Mungkin ambil masa untuk biasakan orang panggil Datuk. Sekarang ini pun saya tak tahu nak kata macam mana, macam mimpi pun ada.

“Anugerah ini bukan sahaja menentukan bakti tetapi bagi saya apa yang saya buat ini adalah tanggungjawab saya kepada peminat dan orang ramai,” ujarnya.

Ziana antara 189 penerima yang dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk pada istiadat berkenaan.

Sepanjang perjalanan seni, Ziana dikenali menerusi deretan lagu popular seperti Madah Berhelah, Puncak Kasih, Anggapanmu dan Putus Terpaksa, selain menjadi antara penyanyi wanita yang kekal mendapat tempat dalam industri muzik tanah air.- KOSMO! ONLINE

The post Ziana Zain sebak ibu bapa tak sempat lihat bergelar Datuk appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved