Ziana Zain kini bergelar Datuk

LocalEntertainment
24 Aug 2026 • 1:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ziana Zain kini bergelar Datuk
Penyanyi kelahiran Merlimau, Jasin iaitu Datuk Siti Roziana Zain atau Ziana Zain dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran bersempena dengan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh hari ini. Foto Bernama
Image from: Ziana Zain kini bergelar Datuk
Penyanyi terkenal, Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-77, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

PENYANYI terkenal tanah air, Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-77, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Anugerah berkenaan diterima Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.

Ziana antara 189 penerima yang dikurniakan D.P.S.M. pada istiadat tersebut, yang turut menghimpunkan tokoh daripada pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.

Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, Ziana mencipta nama menerusi pelbagai lagu popular termasuk Puncak Kasih, Anggapanmu dan Putus Terpaksa.

**media[3624501]**

Beliau juga kekal menjadi antara penyanyi wanita yang mempunyai pengaruh serta tempat tersendiri dalam industri muzik tanah air sejak kemunculannya sebagai penyanyi profesional.

Penganugerahan D.P.S.M. itu menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan Ziana dalam bidang seni suara yang diceburinya sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan.

Dalam istiadat sama, seramai 1,328 penerima menerima pelbagai darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved