Zionis israel arah roboh rumah penduduk Palestin

24 May 2023 • 3:37 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

JENIN: Pihak berkuasa israel mengeluarkan perintah perobohan sebuah rumah di kampung Tura, barat daya bandar Jenin, Tebing Barat yang dijajah, menurut sumber perbandaran.

Datuk Bandar, Tareq Qabaha berkata bahawa tentera israel menyerahkan perintah kepada penduduk kampung, tentang perobohan rumahnya yang sedang dalam pembinaan seluas 120 meter persegi.

Perintah itu mengarahkan Qabaha dalam masa 96 jam keluar dari rumah itu sebelum perobohan dijalankan.

image is not available
Kredit Foto Twitter AlQastal News

Pada hari Isnin, pihak berkuasa israel memberitahu penduduk kampung yang lain tentang perobohan rumah dua tingkat seluas 140 meter persegi, dengan alasan yang sama iaitu dibina tanpa permit.

Zionis israel tidak membenarkan penduduk Palestin melakukan pembinaan di Kawasan C, yang membentuk 60 peratus daripada Tebing Barat yang dijajah.

Sebaliknya, israel memberikan permit kepada lebih 800,000 pendatang yahudi dan menyediakan jalan raya, elektrik, air dan sistem kumbahan kepada mereka.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia