Zoom dikenali oleh orang ramai sebagai platform telesidang atau untuk panggilan video. Ia menjadi popular ketika era pandemik Covid-19 dan kekal digunakan sehingga hari ini. Zoom atau nama penuhnya Zoom Video Communications Inc. baru-baru ini telah dijenamakan semula kepada Zoom Communications Inc..

Menurut CEO mereka, Eric Yuan – Zoom kini adalah syarikat yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan untuk platform bekerja menghubungkan manusia. Zoom juga akan kekal menawarkan perkhidmatan cara bekerja era moden dan hibrid. Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.

Syarikat teknologi lain seperti Google dan Microsoft turut telah memastikan perkhidmatan lebih kurang sama mereka iaitu Meet dan Teams menjadi semakin baik. Jadi mengalih fokus kepada AI adalah satu strategi baik untuk Zoom. Antara ciri menarik yang bakal ditawarkan adalah AI Companion yang boleh menjadi pengganti diri bagi menghadiri sesi telesidang.
Allow us to reintroduce ourselves. Today, we are officially dropping “video” from our legal name and will be known simply as Zoom Communications, Inc. https://t.co/CzFOwgXd0w
The context: Although you may know Zoom as "Zoom,” until today our official legal name was "Zoom… pic.twitter.com/IUrk1Ggbbj


